Enjoy chatting with Cleverbot!

Courseware 3 : Solat Berjemaah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia...

Atas permintaan rakan-rakan pendidik, sesetengah paparan dalam blog ini akan digubah menggunakan Bahasa Melayu. Ini bagi memudahkan penyampaian dan perkongsian ilmu disampaikan. Dalam paparan kali ini, saya ingin kongsikan teknik mengajar menggunakan Microsoft Office PowerPoint bagi subjek Pendidikan Islam. 

Solat Berjemaah merupakan satu bahan bantu mengajar yang digubah bagi memudahkan pelajar memahami cara-cara solat berjemaah dengan betul mengikut tertib dan rukun solat dan pelbagai maklumat berkaitan solat berjemaah yang disampaikan dengan cara yang lebih santai tetapi menyeronokkan. Ianya juga lebih mudah untuk difahami dengan bantuan gabungan aplikasi ICT dan multimedia dalam pembikinannya. Berikut adalah paparannya:


Semoga bahan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bahan ini boleh diubahsuai dan dimurnikan lagi mengikut kreativiti masing-masing. 

Sila klik di sini bagi memuat turun bahan ini. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya kelak. Sekian Terima kasih.

- All Copyrights® Reserved to Mohd Shukri Awang