Enjoy chatting with Cleverbot!

Courseware 4 : Lagu Patriotik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia semua...

Sekarang sudah masuk Februari 2012, sudah lama jugak rasanya saya tak masukkan  courseware terbaru dalam blog ni. Sebagai makluman, paparan pada tahun ini adalah lebih santai berbanding tahun 2011. Maklumlah, dunia makin berubah, tanggungjawab pun makin bertambah, sabor jerlah...hehe! Ok! Pada paparan kali ini saya akan kongsikan sebuah  courseware bertemakan semangat patriotisme. Maklumlah, awal tahun...semangat sikit! 

          Courseware 4 : Lagu Patriotik ini dihasilkan menggunakan Microsoft Office PowerPoint dengan bermatlamat untuk memudahkan para pendidik bagaimana penggunaan TMK dalam bilik darjah dapat diaplikasikan. Ini selari dengan saranan kerajaan yang mahukan para guru mengaplikasikan penggunaan ICT dalam bilik darjah. Dalam kata lain, para guru digalakkan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara rojak (blended-learning), pembelajaran masteri (mastery learning), pembelajaran yang menyeronokkan (fun-in-learning) dan sebagainya.

          Lagu Patriotik merupakan satu bahan bantu mengajar yang digubah bagi memudahkan para guru mengajar para pelajar menggunakan TMK dalam bilik darjah. Diharap bahan ini dapat membantu dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan cara yang lebih santai dan berkesan. Ianya juga lebih mudah untuk difahami dengan bantuan gabungan aplikasi ICT dan multimedia dalam pembikinannya. Berikut adalah paparannya:





                            

          Semoga bahan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Courseware ini boleh diubahsuai dan dimurnikan lagi mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. 

         Sila klik di sini bagi memuat turun bahan ini. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya kelak. Sekian Terima kasih.

- All Copyrights® Reserved to Mohd Shukri Awang -

No comments:

Post a Comment